Untuk melakar pola, anatara alatan penting yang perlu ada ialah
- pita ukur
- pembaris (pembaris lurus, melengkung, pembaris 'L', French Curve )
- pensil/ pen
- pen tukang jahit/ pensil warna
- gunting kertas
- kertas pola (kertas majong/minyak)
- jarum peniti
- masking tape
- roda surih
Sebelum melakar pola keatas kertas pola, lakaran pakaian yang hendak dihasilkan, lukisan teknikal rekaan tersebut dan maklumat bahan atau hiasan pada pola seperti saiz zip, ketinggian kocek, dll perlulah disediakan terlebih dahulu.
Persediaan ukuran badan seperti
- ukuran badan individu
- ukuran standart
- ukuran lengkap bagi bahagian-bahagian badan yang diperlukan mengikut rekaan
- ukuran perlu dicatatkan kedalam template ukuran badan.
Ukuran badan adalah ukuran yang diamabil daripada tubuh seseorang. Merupakan ukuran yang tepat iaitu ukran yang sebenar. Ukuran tersebut hanya diambil pada bahagian-bahagian badan yang tertentu sahaja mengikut rekaan yang diambil dalam cm atau inch.
Ukuran standartd ialah ukuran yang sedia ada pada buku pola. Ukuran standart mempunyai saiz local iaitu S,M,L dll. ( ready-to- wear yang sedia di kedai). Ukuran standart terdapat untuk semua bentuk badan dari yang bersaiz kecil hingga besar. Sama seperti ukuran badan, ukuran standard boleh didapati dalam cm atau inch.
Teknik Semasa Mendraf Pola
Untuk memudahkan kerja-kerja mendraf pola, pastikan kesemua nota pola yang diperlukan tersedia dengan lengkap. Kemudian, teliti terlebih dahulu nota dan gambaran pada nota tersebut. Anda boleh menggunakan kalkulator untuk memudahkan pengiraan untuk pola tersebut. Semasa mendraf pola, ikut arahan secara berturutan tanpa melangkau sebarang pada mana-mana bahagian. Perhatikan betul-betul setiap arahan dan berselang seli mendraft pola supaya tidak tertinggal sebarang garisan penting. khir ssekali, gunakan alatan mendraft dengan betul supaya pola yang terhasil sesuai dengan rekaan.
Mengenalpasti Bahagian Pada Pola Yang Memerlukan Pengubahsuaian
Sewaktu penghasilan pola, anda perlulah meneliti secara terperinci bahagian-bahagian pada pola yang memerlukan pengubahsuaian mengikut bentuk badan atau rekaan yang telah dibuat. Terdapat dua jenis pengubahsuaian iaitu mengikut bentuk badan dan mengikut rakaan. Untuk bentuk badan, anda perlu menggunakan teknik memanjangkan pola,memendekkan pola,dan mengecil atau membesarkan pola tersebut. Untuk rekaan, anda perlu menggunakan teknik mengembangkan pola ( slashing technique ) atau mengubah kedudukan pola atau mengubh kedudukan lisu atau menutup lisu (pivot dart).
Toile Pakaian
Toile merupakan satu kaedah penghasilan pola untuk menguji ketepatan pola pada rekaan tersebut dan menguji ketepatan ukuran. Toile dihasilkan menggunakan fabrik yang seakan fabrik sebenar tetapi lebih murah. Toile perlu dihasilkan sepasang dan dijahit menggunakan teknik yang tepat. Sebarang perubahan pada pola dicatat pada toile dan sulaman, kedudukan zip, kocek perlu dihasilkan pada toile.
Proses Penyediaan Toile
- Pola akhir
- Penyediaan alatan jahitan
- Proses menggunting fabrik
- Proses Mejahit
- Toile siap dijahit pada badan/ dummy
- Meneliti ketepatan toile serta menanda sebarang perubahan pada toile yang memerlukan perubahan.